Persatuan Bangsa Sekapan Belaga sokong cadangan Nanta sebagai Timbalan PM

Erick Drenner Dangan

KUCHING, 18 Ogos: Persatuan Bangsa Sekapan Belaga (PBSB) menyambut baik cadangan MP Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri mewakili Malaysia Timur.

Presidennya Erick Drenner Dangan berkata, persatuan bersolidariti dengan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam hasrat tersebut.

“Cadangan ini bernas dan harus disokong pelbagai pihak.

“Dengan mengambil kira pengalaman beliau sebagai wakil rakyat dan majoriti undi pada setiap pilihanraya umum termasuk dua kali menang tanpa bertanding,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Erick lagi, Nanta mendapat sokongan kuat dari akar umbi dan sudah pasti mampu menggalas amanah jika diberi tanggungjawab yang lebih besar.

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak(GPS) juga telah memberi sokongan penuh kepada pembentukan kerajaan.

“Ini mengambil kira keutamaan kepada pemulihan dalam sektor ekonomi,kestabilan politik serta memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat,” ujar beliau. — DayakDaily