Persatuan Alumni UKM Sarawak sumbang RM71,400 kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak

Abang Johari (tiga dari kanan) menerima sumbangan RM71,400 daripada Julaihi.

KUCHING, 20 Sept: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg Tun Openg hari ini menerima sumbangan berjumlah RM71,400 daripada Alumni Persatuan UKM Sarawak.

Ia diserahkan presidennya Datuk Julaihi Narawi semasa satu kunjungan hormat kepada Abang Johari di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada Ahli-Ahli Alumni Persatuan UKM Sarawak kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak bagi menangani masalah pandemik Covid 19. — DayakDaily