Perompak sembunyi atas siling elak dicekup

Kelihatan suspek yang dicekup selepas sembunyi atas siling rumah.
Advertisement

MIRI, Julai 7: Seorang lelaki sanggup mengambil risiko memanjat dan bersembunyi di siling sebuah rumah yang dicerobohnya untuk mengelak daripada dicekup dalam satu kejadian di Jalan Konnifiier di sini.

Bagaimanapun, lelaki itu diberkas hasil kecekapan anggota Jawatankuasa Penduduk Permyjaya (JKP) sebelum diserahkan kepada pihak polis pada pukul 2.30 petang.

Jurucakap polis berkata, helah suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya dihidu pihak JKP selepas menerima aduan sebuah rumah penduduk di situ diceroboh masuk perompak.

Advertisement

Katanya, anggota JKP dapat menghihu helah suspek selepas pemeriksaan di rumah kediaman tidak menemui jejak perompak tersebut.

“Anggota JKP kemudian melakukan pemeriksaan di bahagian siling kediaman sebelum menemui suspek sedang bersembunyi.

“Suspek yang panik melihat kehadiran anggota JKP tidak dapat berbuat apa-apa sebelum dia dicekup,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, suspek kemudian dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. — DayakDaily

Advertisement