This Content Is Only For Subscribers
Belaga, 4 Ogos: Minat kepada perlumbaan bot laju membawa Johan Racing Team dari Machan bertanding di seluruh Borneo.
Pengurusnya John Umpeng berkata, di mana sahaja ada pesta atau regatta, pasukannya akan datang jika acara bot laju dipertandingkan.
“Johan Racing Team pernah bertanding ke Kuala Belait, Sri Tanjong di Brunei, pasukan kita juga ke Limbang.
“Pasukan kita juga pernah bertanding di Saratok, Kapit, Sebauh, Tatau, Kanowit dan Belaga,” kata Johan ketika ditemui di Tebingan Belaga hari ini.
Pada perlumbaan hari ini, Johan Racing Team muncul johan bagi kategori 30 Kuasa Kuda Terbuka.
Pasukan ini juga muncul naib johan bagi kategori 18 Kuasa Kuda Terbuka dan 18 Kuasa Kuda Tunnel.
Regata Belaga 2023 bermula 30 Julai hingga 6 Ogos dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM163,000 menjadi rebutan pasukan yang mengambil bahagian.
Antara acara tumpuan adalah lumba perahu bagi kategori Lakin Hungey atau Raja Sungai yang menawarkan hadiah tertinggi sebanyak RM20,000.
Aktiviti menarik yang lain ialah Pentas Budaya, Pentas Hiburan, Fun Run dan Senamrobik dan Sukan Rakyat. — DayakDaily