Perkerja firma akuantan dikompaun RM1,500, rakan tunggu pengesahan MySejahtera

Datuk Seri Tiong King Sing
Advertisement

BINTULU, 5 Mei: Seorang pekerja di sebuah firma akauntan awam bertauliah di Taman Sinong di sini dikenakan kompaun RM1,500 selepas didapati gagal mengimbas aplikasi MySejahtera.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh anggota pasukan pematuhan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu yang melaksanakan operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (SOP PKPB) di sekitar bandar bekenaan.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Seorang lagi individu dari syarikat sama berkemungkinan akan berhadapan tindakkan sama namum tindakkan itu akan dilakukan selepas memperoleh daripada pihak Ibu Pejabat MySejahtera.

Advertisement

Ini kerana individu tersebut telah mengimbas kod QR MySejahtera menggunakan aplikasi selain dari aplikasi tersebut.

King Sing yang turut menyertai operasi berkenaan memberitahu bahawa beliau berpuas hati terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pemilik premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu terbabit hari ini.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan mendapati pemilik premis mematuhi SOP sektor pekerjaan yang digariskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu termasuk pematuhan 30 peratus kehadiran ke premis pekerjaan, menyediakan mesin pengimbas suhu dan cecair sanitasi tangan serta kod QR MySejahtera.

“Saya berpuas hati terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pemilik premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu pematuhan SOP PKPB, hari ini,” katanya pada sidang media di lobi Hotel Promenade, di sini petang tadi.

Mengenai SOP ketika sambutam perayaan Hari Raya Aidilfitri, King Sing berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat mengenai perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Pada masa yang sama, beliau berterusan menasihati mereka yang berada di luar zon atau daerah Bintulu untuk tidak balik ke kampung masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Virus Covid-19 ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan sekiranya anda telah dijangkiti tetapi anda tidak mengetahuinya, bakteria ini cenderung merebak ke seluruh masyarakat atau komuniti,” katanya

King Sing dalam pada itu turut menggesa setiap masyarakat khususnya di Bintulu agar terus patuh sepenuhnya kepada SOP dan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam pada setiap masa.

Ia termasuk dengan memakai pelitup muka apabila berada di luar, menjaga penjarakan fizikal, elak tempat sesak dan sempit serta sentiasa berada di rumah masing-masing sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar.

Ini kerana tegas beliau, pihak berkaitan termasuk Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) masih belum dapat mengawal serta menangani sepenuhnya penularan wabak Covid-19 sepunuhnya.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu usaha kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang, memerangi serta memutuskan rantaian wabak Covid-19 di Bintulu,” katanya. — DayakDaily

Advertisement