PERAIS anjur gotong royong bersihkan ladang fertigasi cili di Kampung Temelan Dayak

Peserta gotong royong membersihkan ladang mini fertigasi tanaman cili di Kampung Temelan Dayak.

KUCHING, 3 Ogos: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) baru-baru ini telah mengadakan program gotong royong membersihkan perkebunan ladang mini fertigasi tanaman cili yang diusahakan Persatuan di tanah milik Galau Nyaleh.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat dan juga AJK Perais terlibat menjayakan program.

“Penanaman fertigasi cili yang diusahakan oleh Persatuan semenjak November tahun 2021 kini membuahkan hasil.


“Ianya bukan sahaja memanfaatkan persatuan malah juga memanfaatkan masyarakat setempat.

“Masyarakat setempat memperoleh pendapatan dan pekerjaan sampingan setiap kali tuaian cili,” kata Presiden Perais Rapelson Richard Hamit.

Selain itu, Jackie Galau telah dilantik sebagai menyelia projek berkenaan sejak awal November 2021 selama dua tahun bagi memantau, menjaga dan mengurus tadbir penamanan dan penjagaan cili berkenaan.

Beliau juga melaporkan bahawa tuaian cili berkenaan dijual dan diedarkan ke pasar raya tempatan setiap minggu bagi memenuhi pasaran tempatan.

Justeru kata Raphelson, pada peringkat permulaan persatuan bekerjasama dengan pihak HFE Agro Resources Sdn Bhd dari segi latihan, penjagaan dan juga dalam membekalkan set fertigasi kepada persatuan. — DayakDaily