Penunggang motosikal maut, terbabas dalam parit di Asajaya

Kelihatan motosikal mangsa di lokasi kemalangan.
Advertisement

ASAJAYA, 27 Sept: Seorang penunggang motosikal maut selepas dikatakan terbabas di Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya pada 25 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Sebandi Ulu.

Beliau memberitahu, mangsa semasa kejadian menunggang motosikal seorang diri dari arah Asajaya iaitu sekitar jam 11.20 malam.

Advertisement

Setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke dalam parit.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa anggota paramedik.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement