Penunggang motosikal maut selepas bertembung kereta di Kg Daun

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Daun, Bau.

BAU, 14 Mac: Seorang penunggang motorsikal maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kampung Daun di sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Pengautkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengahari itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari Kampung Sagah menunju ke pekan Bau.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat apabila mangsa yang dari arah simpang Jalan Bung Gadong Kampung Daun, Singgai tiba-tiba telah keluar simpang secara mengejut dan telah bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu oleh seorang lelaki yang dari arah Jalan Kampung Sagah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Tambah Alexson, penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah oleh pihak paramedik ambulans dari Hospital Bau.

Pemandu kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki berusia 48 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa (penunggang motosikal) dihantar ke Hospital Bau untuk pemeriksaan lanjut,” kata Alexson. — DayakDaily