Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori di Batu 15

Mangsa yang merupakan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.
Advertisement

KUCHING, 16 Jun: Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 38 tahun maut dalam kemalangan jalanraya dengan sebuah lori di Batu 15 Jalan Kuching-Serian menghala ke arah Serian.

Kejadian berlaku pada Jumaat lepas (14 Jun) sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz dalam satu kenyataan berkata, kemalangan juga melibatkan pembonceng motosikal wanita berusia 36 tahun yang cedera di bahagian kaki kiri.

Advertisement

Manakala pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun tidak cedera.

“Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pembonceng motosikal mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Serian,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan Insp. Muhammad Azim di talian 011-36172665. – DayakDaily

Advertisement