Penunggang motosikal maut dalam kemangan di Sri Aman

Anggota Bomba menarik motosikal mangsa dari lokasi kejadian.

SRI AMAN, 13 Jan: Seorang lelaki maut, apabila motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Brayun, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mass Nur Haslinda Abdullah berkata mangsa semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Hilir Sri Aman sekitar jam 8.10 pagi.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, diparcayai mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu dia terbabas dan melanggar tiang elektrik.


Pemeriksaan oleh anggota paramedik ke atas mangsa telah mengesahkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika ada saksi melihat kejadian sila hubungi IPD Sri Aman di talian 083-322121 sambung 267. ā€” DayakDaily