Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Malihah

Keadaan di lokasi kemalangan.
Advertisement

KUCHING, 2 Julai: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Jalan Batu Kawah-Malihah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 1.16 petang.

Katanya, mangsa yang berusia 26 tahun semasa kejadian menunggang motosikal.

Advertisement

“Mangsa telah mengalami kecederaan di anggota badan dan luka di kaki dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily

Advertisement