This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 4 Sept: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Kuching-Samarahan Expressway, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata mangsa (lelaki) berusia 18 tahun terbabit semasa kejadian dalam perjalanan dari arah Kuching ke Kota Samarahan pada jam 6 pagi.
Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas menyebabkan dia tercampak ke tengah pembahagi jalan lalu dilanggar sebuah lori.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily