Penunggang motosikal maut, berlanggar dengan lori di Jalan Wan Alwi

Keadaan motosikal mangsa di lokasi kejadian.

KUCHING, 15 Jun: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Wan Alwi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.33 pagi.

Katanya, mangsa yang berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily