Penunggang motosikal maut akibat bertembung dengan 4WD

Mayat mangsa di lokasi kemalangan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 10 Nov: Akibat melawan arus, seorang perempuan maut apabila motosikal jenis Yamaha yang ditungganinya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di flyover Bintang, Jalan Miri-Pujut pagi tadi.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Traffik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata dalam ke jadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu, penunggang motorsikal yang identitinya masih belum ditemui itu telah cuai menunggang secara lawan arus sehingga menyebabkan kenderaan yang ditunggangnya bertembung dengan kereta pacuan empat roda tersebut yang datang dari arah hadapan.


“Kesan dari pertembungan tersebut menyebabkan penunggang motosikal itu terpelanting dan mengalami kecederaan teruk,” jelasnya.

Sebelum kejadian, kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger itu datang dari arah Luak hendak ke pusat Bandar.

Pihak Ambulan telah mengesahkan penunggang motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily