Penunggang maut selepas motorsikal terbabas di Jalan Tudan

Penunggang maut di lokasi selepas motorsikal ditunggainya terbabas.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Jan 31: Seorang pemuda maut selepas motorsikal ditungganginya terbabas sebelum merempuh pintu hadapan kanan sebuah kenderaan pacuan empat roda di lorong bertentangan dalam kejadian di Jalan Tudan pada petang semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu, mangsa,32, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traffik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu, mangsa menunggang motorsikal jenis Honda itu datang dari arah Lampu Isyarat Tudan/Kuala Baram disyaki menghala ke Tudan telah terbabas sendiri disyaki gagal mengawal kenderaan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke jalan bertentangan dan melanggar pintu hadapan kanan kenderaan pacuan empat roda tersebut yang datang dari arah Tudan Ke Lutong.

Mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori maut serta merta di lokasi manakala, pemandu pacuan empat roda tersebut tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily