Penunggang dan pembonceng motosikal nyaris maut dirempuh di Serian

Anggota paramedik memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa di lokasi kejadian.

SERIAN, 21 Ogos: Dua lelaki nyaris maut apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kenderaan jenis utili sukan (SUV) di Jalan Kuching-Sri Aman semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua mangsa berusia 18 dan 46 tahun dan berasal dari Kampung Antayan Liun.

Katanya, mereka semasa kejadian dalam perjalanan dari arah Sri Aman iaitu sekitar jam 9.20 pagi.


“Setiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mereka telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah SUV.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Serian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keadaan jalan semasa kejadian adalah gelap serta tidak berlampu dan cuaca ketika kemalangan berlaku dilaporkan baik.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily