Pensyarah, guru maut dalam kemalangan di Jalan FAC

Anggota Bomba mengeluarkan mayat mangsa dari dalam kereta.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

KUCHING, 20 Sept: Seorang pensyarah dan guru meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Jalan FAC-Petra Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa pegawai perubatan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di mana mangsa pertama merupakan seorang wanita yang bekerja sebagai pensyarah berusia 44 tahun.

“Manakala mangsa kedua merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun dan merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS ).

Siasatan lanjut berhubung kemalangan masih giat dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya turut hadir di lokais kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa dari dalam kereta.

Pasukan Bomba kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di tempat kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.31 petang. — DayakDaily