Kebakaran di Ulu Roban, tujuh orang dilaporkan selamat

Anggota Bomba memastikan api padam sepenuhnya sebelum berangkat balik.

SARATOK, 27 Sept: Sebuah keluarga terselamat apabila berjaya menyelamatkan diri sebelum rumah kediaman mereka musnah dijilat api hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 1.36 petang iaitu di Rumah Chaong Engkerumai, Ulu Roban.

Katanya, rumah tersebut didiami sebuah keluarga terdiri seramai tujuh orang.


“Rumah kediaman tersebut musnah sepenuhnya dan kesemua mangsa (penghuni) dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily