Penjual sayur maut dalam perjalanan mencari rezeki

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

SARIKEI, 7 Ogos: Seorang penjual sayur meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kwong Minah, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata wanita berusia 62 tahun tersebut  berasal dari Sungai Meradong, Bintangor.

Katanya, mangsa semasa kejadian menunggang motosikal dari rumahnya menuju ke bandar Sarikei untuk menjual sayur pada jam 6 pagi.

Advertisement

Dedah beliau, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas.

“Pembantu perubatan Hospital Sarikei tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sarikei untuk ujian Covid-19 bagi menjalani prosedur selanjutnya,” katanya.

Kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement