Penjawat awam Sarawak dapat bantuan khas kewangan 2 bulan gaji — Abang Johari

Abang Johari mengumumkan bantuan khas kewangan di Persidangan Dewan Undangan Sarawak pada 20 Nov 2024. Foto: Jabatan Penerangan
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 20 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg umum Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.

Menurut Abang Johari, bantuan khas tersebut adalah mengikut gaji pokok terakhir bulan November 2024.

Advertisement

“Pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat pada bulan Disember 2024,” katanya dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) hari ini.

Abang Johari turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 secara ‘one-off’ kepada anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

Katanya, bantuan khas tersebut akan dibayar pada suku pertama tahun 2025.

“Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM190 juta,” ujar Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement