Penjawat awam hilang, diburu bersabit kes rogol di Bintulu

Suspek bernama Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir dikehendaki polis.

BINTULU, 10 Ogos: Polis kini memburu seorang lelaki dikenali sebagai Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir (gambar) bersabit satu kes rogol yang dilaporkan pada 29 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit berkata suspek berusia 33 tahun merupakan seorang penjawat awam dan beralamatkan dari Tumpat, Kelantan.

“Suspek merupakan seorang penjawat awam yang dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit satu kes rogol yang dilaporkan pada 29 Julai di Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyisat Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.

Maklumat juga boleh disalurkan terus ke bilik gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. — DayakDaily