Penjaga kedai dicekup jual loteri haram di Bau

Kelihatan suspek yang ditangkap dalam operasi tersebut.

BAU, 23 Nov: Gara-gara cari belanja lebih, seorang penjaga kedai dicekup jual nombor loteri awam secara haram di sebuah kedai kopi di Siniawan semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek, 23, ditangkap selepas pemeriksaan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau pada jam 4.15 petang.

Katanya, pemeriksaan telah menemui beberapa barang bukti mengaitkan suspek terlibat dalam aktiviti perjudian tersebut.


Pasukan serbuan turut merampas satu unit telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan kad sim telco yang dipercayai digunakan untuk aktiviti haram tersebut.

Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Bau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tegasnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM200,000 dan penjara sehingga 5 tahun. — DayakDaily