Penipuan pelaburan pulangan tinggi, seorang wanita di Miri rugi lebih RM140,000 dari simpanannya

Scam alert. — DayakDaily.com file pic // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 1 April: Seorang eksekutif pemasaran wanita di sini kerugian RM140,470.00 selepas terpedaya dengan skim pelaburan atas talian yang tidak wujud.

Mangsa berusia 44 tahun itu telah tampil membuat laporan polis semalam (Jumaat).


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, menurut mangsa, beliau telah melihat satu iklan pelaburan yang dikenali sebagai ‘wild traders’ di sebuab laman Facebook dan telah menekan iklan tersebut sebelum disambungkan ke pautan WhatApps individu yang tidak dikenali.

Tertarik dengan tawaran pulangan yang tinggi, mangsa telah bertindak memasukkan wang simpanannya ke dalam 14 buah akaun berbeza sejak bulan Disember 2022 sehingga Mac tahun ini.

“Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya selepas suspek seringkali meminta pembayaran modal mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan,” jelas Alexson.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang awan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai tawaran iklan-iklan pelaburan yang menjanjikan keuntugan tinggi dalam tempoh masa singkat. — DayakDaily