Pengurusan alam sekitar kuasa Sarawak — Sharifah Hasidah

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (file photo)

KUCHING, 5 April: Perkara berkaitan pengurusan alam sekitar telah diserahkan kepada kerajaan Sarawak, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Sharifah Hasidah, ia dilaksanakan menerusi perbincangan penurunan kuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya rasa mereka sudah memutuskannya di bawah MA63, perkara berkaitan alam sekitar telah diserahkan kepada negeri,” katanya ketika ditemui di Program Penyerahan Amal Ramadan 2023 di Petra Jaya hari ini.


Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samariang, dengan penurunan kuasa tersebut Sarawak juga bertanggungjawab menguruskan sisa buangan berjadual. — DayakDaily