Pengukuhan nilai ringgit bukti ekonomi Malaysia pulih — Abang Johari

Abang Johari (dua dari kiri) dan Anwar di Program Madani Rakyat 2024 di Miri. Foto: JaPen
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 28 Sep: Pengukuhan nilai ringgit bukti ekonomi negara kini pulih, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, pengukuhan mata wang tempatan itu juga bukti keadaan politik negara semakin stabil.

Advertisement

“Saya nampak dalam tempoh 2 tahun ini kita sudah dapat menstabilkan seluruh negara Malaysia.

“Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya nilai ringgit kita dalam tempoh dua hari ini semakin baik.

“Ini menunjukan ekonomi kita sudah pulih,” katanya dalam ucapan aluan di Program Madani Rakyat 2024 di Miri hari ini.

Program telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun tambah Abang Johari, perjalanan negara Malaysia masih jauh dan ia tetap cerah jika keadaan politik terus stabil.

Ujarnya, hanya dengan kestabilan politik sahaja usaha untuk membangunkan negara dapat dilaksanakan.

“Kita di Sarawak tiada masalah besar dari sudut agama dan budaya, dan ini menjadi asas untuk kita membangun serta menstabilkan negeri.

“Sebab itu apabila negara mengalami masalah politik,kita dari Sarawak mencuba untuk menstabilkannnya,” ujar Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement