Pengiat media di Sarawak digesa menjadi saluran kepada KKR, kerajaan pusat

Baru (kanan) menyampaikan poster Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 kepada Setiausaha Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Firdaus Arasy Idris bagi merasmikan Malam Penghargaan Media KKR dan penyampaian anugerah itu.
Advertisement

KUCHING, Okt 21: Kementerian Kerja Raya (KKR) mahu pengiat media di Sarawak menjadi saluran kepada kementerian itu dan kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) bagi mendapatkan maklumbalas mengenai kemahuan rakyat negeri ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata demikian kerana media bukan sahaja memainkan peranan penting menyampaikan maksud kerajaan kepada rakyat malahan berperanan sebagai lidah rakyat yang menyuarakan kemahuan mereka kepada kerajaan.

“Kementerian (Kerja Raya juga) dapat mendengar apa yang dimahukan oleh rakyat melalui hubungan dua hala ini. Tidak dilupakan media atas talian yang mempunyai pengaruhnya tersendiri kepada golongan muda,” katanya ketika menghadiri Malam Penghargaan Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 di sini, semalam.

Advertisement

Baru berkata segala pandangan dari golongan muda atau generasi Y itu yang baik mungkin boleh ditimbangkan dari sudut positive dan negatif bagi diguna pakai dalam mengubal sesuatu peraturan untuk menstruktur pembangunan negara.

Disamping itu, pihaknya juga memohon kerjasama kalangan pengiat media di Sarawak supaya menghasilkan lebih banyak bahan artikel yang mendedahkan usaha kementerian itu memodenkan industri pembinaan infrastruktur di negara ini.

Baru berkata demikian berikutan KKR melalui enam agensinya sedang giat menjalankan usaha melalui Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang memberi ruang kepada pengiat industri itu bergiat aktif dalam bidang berkaitan seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS), Pemodelan Maklumat Pembinaan (BIM) dan pembangunan tenaga mahir melalui Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET).

“Di sini para media dipohon untuk menulis banyak artikel berkaitan pemodenan industri pembinaan infrastruktur negara ini termasuklah (dalam projek) pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang rancak dilaksanakan,” katanya.

Baru sehubungan itu berterima kasih kepada media di Sarawak kerana tahun ini yang menghantarsebanyak 45 penyertaan dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 iaitu 27 penyertaan kategori media cetak, 10 penyertaan kategori media elektronik dan lapan penyertaaan kategori fotografi.

“Saya merasakan penyertaan untuk kategori fotografi ini sedikit, rasanya banyak gambar bangunan dan infrastruktur yang cantik di Sarawak,” katanya dan menyeru lebih ramai jurugambar media di negeri ini mengambil gambar terbabit dan menyertai anugerah itu tahun depan.

Sementara itu kategori media cetak dimenangi Rachel Lau Ker Qing dari Borneo Post dengan tajuk artikel “China’s Belt & Road : What’s in it for Malaysia?” manakala kategori media penyiaran dimenangi Ruth Ampong dan Johnny Bilon dari RTM Sibu dengan tajuk artikel “Pan Borneo Jajaran Sg Awik” dan kategori fotografi dimenangi Zulazhar Sheblee dari The Star dengan tajuk artikel “Into the sunset-A view of Pan Borneo” dengan semua pemenang menerima hadiah RM5,000. — DayakDaily

Advertisement