Penghuni rumah cemas, bilik terbakar 100 peratus

Kesan kebakaran melibatkan sebuah bilik di Miri.

Oleh Dean Adam

MIRI, Feb 18: Penghuni di sebuah rumah di Desa Pujut 2L di sini cemas apabila sebuah bilik di kediaman tersebut musnah terbakar awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3.05 pagi itu mengakibatkan sebuah bilik terbakar 100 peratus.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 3.08 pagi.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.


“Sejurus tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah bilik di rumah tersebut.

“Pasukan bomba segera melakukan pemadaman api bagi memastikan api tidak terus merebak,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan.

“Operasi ditamatkan pada pukul 4.10 pagi,” katanya lagi. — DayakDaily