Penghantar makanan maut dalam kemalangan di Kuching

Keadaan di lokasi kejadian.

KUCHING, 3 Dis: Seorang penghantar makanan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bampfylde, di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan memberitahu mangsa berusia 20 tahun dan berasal dari Jalan Ajibah Abol.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.43 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 5.54 petang.


“Setiba di lokasi kejadian, didapati mangsa sudah berada di bahu jalan dan telah disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS).”

Difahamkan mangsa semasa kemalangan tersebut menunggang sebuah motosikal apabila dikatakan terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kereta.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat HUS untuk tindakan selanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak. — DayakDaily