Pengguna Lebuhraya Pan Borneo digesa menjaga kelajuan kenderaan semasa balik kampung

Traffic. — DayakDaily file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mei 22: Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) meminta orang ramai yang balik kampung pada musim perayaan ini dengan mengunakan kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan untuk menjaga kelajuan kenderaan mereka.

Pengurus Pengurusan Trafik LBU, Masdi Baharom menasihatkan pengguna kenderaan di lebuhraya itu berkelajuan tertinggi 70 kilometer sejam semasa melalui peringkat pembinaan lebuhraya itu di laluan yang lurus.

“Kelajuan tertinggi kamu ialah 70 kilometer sejam semasa peringkat pembinaan di sepanjang laluan yang lurus tetapi apabila kami menghampiri laluan lencongan, maka ketika itu kamu mesti mengurangkan kelajuan kepada 30 kilometer sejam,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook Pan Borneo Highway Sarawak, semalam.


Masdi juga meminta pengguna lebuhraya terbabit supaya sentiasa memerhatikan papan tanda trafik sepanjang perjalanan dan mematuhi had laju di sepanjang jalan persekutuan utama sedia ada yang sedang dinaiktaraf kepada laluan empat lorong dua hala.

Sekiranya pengguna merasa mengantuk, beliau meminta mereka mengelakkan menghentikan kenderaan seberangan di tepian jalan lebuhraya itu terutama di kawasan titik buta kerana amat merbahaya kepada kenderaan lain.

“Terdapat banyak kedai kopi sepanjang perjalanan… hanya ambil masa lima atau 10 minit berehat dengan minum kopi. Ini akan memberi banyak perbezaan dan setelah kamu merasa segar semula, sambung kembali perjalanan,” katanya.

Disamping itu beliau mendedahkan Paasukan Bertindak Kecemasan (ERT) di semua pakej kerja lebuhraya itu juga akan diaktifkan sepenuhnya selama 24 jam bagi menangani kecemasan ketika orang ramai mula pulang ke kampung halaman nanti.

“(Pasukan ERT terbabit) akan ada dua giliran iaitu siang dan malam dimana pasukan terbabit juga akan melakukan pemantauan di lebuhraya,” katanya dan mendedahkan LBU juga berkerjasama dengan semua kontraktor dan agensi kerajaan berkaitan bagi menjalankan kempen keselamatan jalan raya di semua pakej kerja lebuhraya tersebut bermula minggu ini. — DayakDaily