Pengesanan kes secara aktif di Simunjan hari ini

Penduduk sebuah kampung menjalani ACD dalam fail foto ini.

KUCHING, 17 Julai: Orang ramai yang pernah datang ke Pasar Tamu Simunjan dalam tempoh 9 hingga 13 Julai dikehendaki menjalani penilaian Covid-19.

Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan dalam kenyataan berkata, pengesanan kes secara aktif akan diadakan di Perkarangan Dewan Mesra Simunjan pada hari ini, 17 Julai mulai 8.30 pagi hingga 2 petang.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 082-803614.

Dalam pada itu, Majlis Daerah Simunjan turut mengumumkan penutupan Pasar Tamu Simunjan mulai hari ini sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian. — DayakDaily