Penganggur ditahan bersama barangan terlarang disyaki dadah dengan anggaran nilai RM19,040

Barangan yang dirampas yang disyaki dadah.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 27 Sept: Seorang lelaki warga tempatan diberkas polis dalam satu serbuan pada malam Isnin bersama dadah disyaki jenis ecstacy dan ketamine dengan anggaran nilai RM19,040.

Dipercayai berat dadah yang dirampas adalah sebanyak 368.8 gram.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia 32 tahun itu ditahan semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah kediaman di kawasan Boulevard Garden pada jam 8.30 malam semalam.

“Suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti pengederan dadah,”ujar nya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Tangkapan dilakukan anggota pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, salah seorang anggota serbuan telah menjumpai satu kotak berwarna coklat di atas meja dalam sebuah bilik di rumah tersebut, dan hasil pemeriksaan lanjut ke atas kotak itu, pihak Polis mendapati kotak itu mengandungi beberapa paket plastik disyaki dadah jenis ecstacy,” katanya.

Suspek kini direman selama enam hari bermula 28 Sept sehinga 3 Okt.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — DayakDaily