Penganggur disyaki edar dadah dicekup

Gambar komposit rampasan dadah dan sitaan.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, Mac 14: Seorang penganggur ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Permai Jaya di sini hari ini.

Suspek lelaki yang berusia 20 tahun itu ditahan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), IPK Sarawak pada pukul 1.30 petang.

Advertisement

Ketua JSJN Sarawak, Supt Sahar Abd Latif berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat dan risikan polis yang dijalankan sebelum ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bilik tidur suspek menemui satu beg plastik warna hitam dan di dalamnya satu ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 320 gram.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu bekas plastik bertutup di dalamnya terdapat 23 paket plastik lutsinar yang berisi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 62 gram,” katanya di sini hari ini.

Sahar menambah, siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bermula pada awal tahun 2018.

Katanya, saringan awal air kencing terhadap suspek adalah negatif dadah.

“Polis turut menyita motosikal jenis Yamaha RXZ yang dipercayai digunakan suspek

“Suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — DayakDaily

Advertisement