Pengagihan pendapatan ASB 4.25 sen seunit

File photo for illustration purposes
Advertisement

KUCHING, 23 Dis: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah 4.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz juga mengumumkan tambahan bayaran “Ehsan” sebanyak 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama kepada semua pemegang unit ASB sempena sambutan ulangtahun ke 30 ASB.

“Penagihan pendapatan ini memberikan pulangan efektif sebanyak 5 peratus kepada pemegang unit yang mempunyai 30,000 unit dan ke bawah,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan langsung di laman Facebook Permodalan Nasional Berhad Rasmi, hari ini.

Advertisement

Zeti berkata bagi pemegang unit yang melebihi 30,000 unit juga menerima penagihan “Ehsan” tersebut dan adalah tanda penghargaan PNB kepada semua pemegang unit ASB yang terus setia bersama mereka sepanjang 30 tahun dana terbabit diperkenalkan.

Katanya penagihan pendapatan ASB adalah sebanyak RM7.6 bilion kepada seramai 10.2 juta pemegang unit ASB bagi tahun ini yang merupakan tahun yang amat mencabar kerana Covid-19. — DayakDaily

Advertisement