KUCHING, 20 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau situasi bekalan telur di pasaran tempatan susulan tindakan Singapura menghalang import telur dari pengeluar Malaysia ke negara itu untuk kali kedua berikutan dakwaan penemuan Somanella Enteritidis.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kawalan yang lebih ketat terhadap pengeluaran telur di peringkat pengeluar dan pengedaran dilaksana agar situasi berkenaan tidak mendatangkan mudarat kepada jumlah bekalan telur yang berada di pasaran tempatan.
Katanya, masalah sebelum ini hanya berpunca daripada satu pengeluar telur sahaja dan ia sudahpun berjaya dikawal sepenuhnya.
“Itu (penemuan SE) sudah kita kawal dan tidak menjadi masalah kepada rakyat keseluruhannya.
“Situasi itu tidak menjejaskan bekalan telur di pasaran tempatan memandangkan hanya satu pengeluar sahaja terlibat,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat Program Prihatin Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil pemantuan dan aktiviti kawalan terhadap pengeluran telur, KPDNHEP turut mengesan terdapat satu pengeluar telur yang terjejas akibat pencemaran bakteria Somonella Enteritids.
Katanya, tindakan berkaitan akan terus diambil bagai mengawal situasi berkenaan agar ia tidak menjejaskan bekalan telur di pasaran tempatan.
“Kita tidak akan biarkan perkara ini jadi masalah dan pemantaun bekalan akan terus dipertingkatkan di setiap rantaian pengedaran dan telur untuk mengesan kawasan-kawasan yang dijangka terjejas keberadaan telur,” katanya.
Orang ramai dalam pada itu dinasihatkan untuk tidak panik dengan situasi tersebut memandangkan ia berada dalam keadaan terkawal.
Jelas Nanta, pasukan penguatkuasaan KPDNHEP akan sentiasa memantau perkembangan isu berkenaan sekaligus memastikan tiada berlaku kekurangan bekalan telur di pasaran tempatan. — DayakDaily