Penduduk Rh Kasit Sungai Liuk jadi wira, padamkan kebakaran

Bahagian dapur rumah panjang tersebut yang terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MUKAH, 27 Dis: Tindakan pantas penduduk di rumah panjang Kasit Sungai Liuk Balingian berjaya menyelamatkan rumah panjang tersebut daripada terbakar malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.38 malam.

Bertindak daripada laporan tersebut, beberapa anggota dari Balai Bomba Mukah terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan dapur rumah panjang dan api telah dipadam sepenuhnya.

“Operasi memadam kebakaran dilakukan oleh penduduk rumah tersebut menggunakan empat alat pemadam api,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, pihak Bomba melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahaya kebakaran sebelum berangkat pulang ke balai.

Jarak lokasi kejadian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Mukah adalah 52 kilometer.

Operasi temat sepenuhnya pada jam 3 pagi. — DayakDaily