Penduduk kawasan PKPD Kampung Sungai Maong terima bantuan makanan

Anggota Bomba menghantar 130 kampit beras 5kg ke Kampung Sungai Maong.
Advertisement

KUCHING, 17 FEB: Sebanyak 130 bungkusan makanan serta 130 kampit beras (5kg) telah diagihkan kepada penduduk Kampung Sungai Maong yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD).

Bantuan kemanusiaan bencana itu dijayakan oleh 10 anggota bomba dan penyelamat Sarawak dan tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PKPD di Kampung Sungai Maong berkuat kuasa 17 Februari (12.01 tengah malam) hingga 2 Mac 2021 (11.59 malam).
Kawalan ketat juga dilakukan di pintu masuk ke kampung berkenaan termasuk laluan alternatif menggunakan sungai.-DayakDaily.

Advertisement
Advertisement