Penduduk digesa sedia hadapi gangguan bekalan air 4 hari di Matu Daro

File photo for illustration purposes

KUCHING, Mac 1: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meminta penduduk kawasan Matu Daro bersedia menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari bermula hari ini.

Kawasan yang akan terjejas dengan ganguan bekalan air terbabit ialah Kampung Penipah, Kampung Tekajong dan Kampung Bruit.

“Adalah dimaklumkan paip ‘crossing DI’ bersaiz 300mm berdekatan Kampung Penipah telah pecah. Oleh itu penyaluran air dari Stesen Pengalak Smop tidak dapat dilaksanakan,” menurut notis JBALB Sarawak yang disiarkan di lamam Facebooknya hari ini.


Tempoh gangguan bekalan yang dijangka sehingga Isnin minggu depan itu bagaimanapun bergantung kepada kerja membaiki paip yang pecah.

“JBALB Matu Daro sedang membaiki paip yang pecah terbabit dan akan membantu mengurangkan sebaik mungkin, gangguan bekalan air kepada penduduk yang terjejas,” jabatan itu berkata. — DayakDaily