Pencuri motosikal didapati memiliki senapang angin

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

KUCHING, Okt 22: Tiga suspek curi motosikal turut didapati memiliki selaras senapang angin semasa ditahan dalam satu operasi di Demak laut sekitar jam 11.45 pagi Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek berusia 15,26 dan 30 tahun itu ditahan hasil risikan oleh JSJ IPD Kuching diketuai Inspektor Mohd Rizal.

“Dua daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampah dan ujian awal urine adalah positif dadah Meth.


“Selain daripada sebuah motosikal yang dijumpai balik, turut dirampas ialah selaras senapang angin,” katanya di sini Jumaat.

Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. — DayakDaily