Operasi SAR cari dua lagi mangsa perahu karam masih diteruskan

Beg milik salah seorang daripada mangsa ditemui oleh anggota penyelamat.

LUBOK ANTU, Okt 22: Dua lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas perahu panjang yang dinaiki mereka karam di Empangan Hidro Batang Ai, di sini masih belum ditemui.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Yustinus Tukiman berusia 59 tahun dan Sudigdo berusia 58 tahun yang masing-masing berasal dari Kalimantan Tengah, Indonesia.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5.30petang ketika dua mangsa terbabit bersama tiga lagi lelaki termasuk seorang pemandu bot dalam perjalanan ke Pengkalan Aiman Resort.


“Setiba di tempat kejadian, perahu yang dinaiki mereka karam akibat angin yang kuat serta ombak yang besar.

“Tiga daripada mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pekerja Aiman Resort dan dua lagi masih belum ditemui,” kata sumber.

Enjin dan tangki minyak perahu tersebut yang berjaya ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis dilancarkan serta merta.

Setakat petang semalam, difahamkan beg mangsa serta enjin dan tangki minya perahu tersebut telah berjaya ditemui dan operasi ditangguhkan sekitar jam 6 petang dan akan disambung semula hari ini. ā€” DayakDaily