Penangguhan Perkhidmatan libatkan Klinik pakar Bidang Perubatan Am Hospital Sarikei

Hospital Sarikei (gambar drp laman web MOH)

SARIKEI, 28 Jan: Hanya Perkhidmatan Klinik Pakar Bahagian Perubutan Am Hospital Sarikei sahaja ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Hospital berkenaan menerusi satu kenyataan berkata, penangguhan itu tidak melibat perkhidmatan klinik pakar di bahagian atau bidang-bidang lain di hospital itu dan perkhidmatan tersebut masih beroperasi seperti biasa.

Kekeliruan timbul selepas satu laporan mengenai ‘Pengumuman Penutupan Klinik Perubatan Pesakit Luar di Klinik Pakar Sarikei’ disiarkan di akhbar tempatan serta tular di media sosial.


“Bagi pesakit yang temujanjinya terjejas daripada keputusan ini pihak pengurusan klinik pakar akan menghubungi mereka (pesakit) yang berkenaan.

“Ia bagi tujuan penjadualan semula temujanji mereka dan pemberian bekalan ubatan yang di perlukan oleh pesakit telibat,” kata kenyataan itu

Pihak hospital memohon maaf atas kekeliruan yang timbul disebabkan oleh laporan tersebut dan menyarankan orang ramai untuk berhubung terus dengan pengurusan Hospital Sarikei jika terdapat kemusykilan.

“Orang ramai boleh menghubungi Hospital Sarikei di talian 084-653333 sanbungan 1080 atau menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 019-9279281 sekiranya mempunyai kemusykilan dan pertanjaan berkaitan temujanji perubatan mereka,” katanya. — DayakDaily