Pemuda PBB ingatkan pemimpin PH Sarawak jangan jadi ‘batu api’

PBB logo
Advertisement

KUCHING, 27 Julai: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengingatkan pemimpin dari parti Pakatan Harapan (PH) Sarawak agar jangan menjadi batu api.

Ia merujuk kepada respon dari pemimpin PKR Sarawak yang kononnya ingin mengingatkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa PH masih wujud di Sarawak.

“Kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk memastikan keadaan politik Malaysia kekal stabil.

Advertisement

“Kerjasama akrab yang dijalinkan di peringkat persekutuan ini berterusan,” kata Pemuda PBB dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan turut memaklumkan bahawa laporan berita bahawa Abang Johari di rancangan “Keluar Sekejap”, secara berseloroh mengatakan PH tidak wujud di Sarawak disalah ertikan.

Malah jelas Pemuda PBB, ia telah diputar belit oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab.

“Perbincangan ketika itu adalah hubungan parti dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak.

“Apa yang dimaksudkan oleh Abang Johari adalah kerjasama antara GPS dan parti-parti yang menubuhkan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan termasuk PH, tidak wujud di peringkat Sarawak.

“Ini disebabkan suasana politik di Sarawak berlainan berbanding peringkat persekutuan dan isu ketidakstabilan politik tidak timbul di Sarawak,” katanya. — DayakDaily

Advertisement