Oleh Brad Rantayy
MIRI, 29 Jun: Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas motorsikal yang ditunggangnya bersama rakan wanitanya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Taman Tunku.
Kejadian berlaku berhampiran pasaraya Everwin petang Selasa (28 Jun).
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.09 petang.
Katanya dalam satu kenyataan media, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan balik ke rumahnya di Taman Tunku bersama rakan wanitanya dan semasa tiba di satu simpang, lori tersebut kemudian membelok memasuki simpang sebelah kiri dan mangsa yang datang dari arah belakang telah melanggar tayar hadapan sebelah kiri lori tersebut.
Mangsa penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily