10 buah kedai di Kg Hilir, Kabong musnah terbakar

Anggota Bomba memadam kebakaran di lokasi kejadian.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KABONG, 29 Jun: Satu blok rumah kedai yang terdiri daripada 10 unit kedai di Kampung Hilir di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.53 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kedai jenis tidak kekal dan telah terbakar 90 peratus.

“Pada jam 4.10 pagi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan satu blok 10 unit kedai telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.24 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ terus dilakukan sehingga keadaan benar-benar selamat.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily