Pemuda berang terhadap ibu, adiknya ditahan polis Miri

Suspek (dua dari kiri barisan depan) ditahan polis untuk siasatan.

MIRI, 22 Feb: Kecewa kerana ibunya terlupa membelikan air oren semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja, seorang pemuda berusia 25 tahun nekad mengamok dengan membaling barangan di dalam rumah mereka di Lambir pada petang Sabtu (20 Feb).

Difahamkan, sebelum berkelakuan agresif, suspek ada mengajak adik perempuannya untuk pergi bersamamya ke kedai berhampiran membeli air oren, namun ditolak.

Berang kerana adiknya enggan pergi membeli air oren bersamanya, suspek telah bertindak memecahkan pingan mangkuk di dalam rumah mereka.


Suspek juga dipercayai cuba memukul adiknya kerana enggan ke kedai.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6 petang.

Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat pengadu iaitu adik suspek sendiri di Balai Polis Pusat Miri.

Bertindakan atas laporan tersebut sepasulan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) telah menahan suspek di kediaman keluarganya di Lambir pada malam yang sama sekitar jam 11.30.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan. — DayakDaily