Oleh Brad Rantayy
MIRI, 6 Julai: Seorang pemotong rumput sempat keluar menyelamatkan diri dari van yang dipandunya yang secara tiba-tiba terbakar pada bahagian enjin pada tengahari tadi di Jalan Datuk Muip, Taman Piasau pada Rabu.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedangkan dalam perjalanan memotong rumput di sebuah rumah pelanggannya.
Mangsa sempat memberhentikan van tersebut dan keluar sebelum api marak memusnakan kenderaannya.
Menurut pemangku Bomba zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.01 petang tadi.
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Sentral telah bergerak ke lokasi bagi membantu memadamkan api.
Kenderaan magsa dilaporkan musnah musnah dalam kejadian.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Operasi tamat pada jam 1.34 petang. — DayakDaily