Oleh DayakDaily Team
KUCHING, 25 Sept: Pemilikan Affin Bank oleh kerajaan Sarawak bakal membantu industri perumahan.
Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Dato Sim Kiang Chiok berkata, pemilikan itu bakal menjanjikan pertumbuhan dalam industri tersebut.
“Keperluan kewangan kita berbeza daripada yang disediakan oleh bank-bank komersial yang besar.
“Kita berkehendakan penyelesaian kewangan yang flesibel dan tempoh pembayaran yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru Sim berharap bank tempatan milik Sarawak ini nanti dapat memenuhi keperluan pemain industri.
Beliau juga mengharapkan arah tuju bank tersebut seiring dengan objektif pembangunan dengan menyediakan penyelesaian kewangan.
Katanya, ia penting bagi membantu Sarawak mencapai status wilayah maju.
“Ini termasuk mempercepatkan kelulusan dan pinjaman mudah bagi memenuhi keperluan,” ujar Sim. — DayakDaily