Pemerkasa lengkapkan insiatif sedia ada, bantu percepat proses pemulihan ekonomi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi.

PUTRAJAYA, 19 Mac: Menteri Perdangan dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi yakin program Pemerkasa berupaya melengkapkan program serta inisiatif sedia ada termasuk Pelan Jana Ekonomi negara (penjana) dan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Menyambut baik inisiatif terbaharu kerajaan itu beliau berkata, program itu pastinya akan dapat mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara di semua sektor industri.

katanya , suntikan fiskal baharu berjumah RM11 billion untuk 20 inisiatif di bawah Pemerkasa akan dapat meningkatkan prestasi keseluruhan ekosistem perdagangan domestik terutamanya dalam kalangan peniaga peruncitan, pemborong dan pengedaran.


Ia termasuk pengiktirafan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengurangkan beban syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan,

“Mengurangkan Beban Syarikat yang menghadapi masalah kewangan di mana SSM telah menaikkan nilai ambangan keterhutangan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

“Inisiatif ini telah menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah Petisyen Penggulungan yang diserahsimpan ke SSM bagi tempoh April hingga Disember 2020 berbanding tempoh yang sama pada 2019 dan 2018.

“Sepanjang tahun 2018, sebanyak 2,735 petisyen penggulungan telah diserahsimpan manakala sebanyak 3,545 pada tahun 2019 dan menurun mendadak kepada 1,595 petisyen pada tahun 2020,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Alexender, KPDNHEP turut menyokong inisatif ketika Pemerkasa iaitu berkaitan penguatkuasaan perundanmgan yang ketat dan telus bagi mengawal penularan pandemik Covid-19.

katanya, kementerian itu amat menghargai keprihatinan kerajaan dalam menggalakkan majikan untuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 bagi perkerja mereka dengan membenarkan potongan cukai tambahan terhadap kos ujian berkenaan.

“Pastinya ramai peniaga peruncitan yang mempunyai ramai pekerja menyambut baik peruntukan ini memandangkan mereka terdedah dalam melaksanakan proses urusniaga,” katanya.

Alexender dalam pada itu turut menyatakan keyakinan beliau bahawa peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana akan akan menyambut baik Geran Khas Prihatin 3.0 untuk meningkatkan perniagaan mereka sama ada jualan terus ataupun atas talian.

“KPDNHEP turut menyambut baik peruntukan PEMERKASA bernilai RM 700 juta bagi melanjutkan Program Subsidi Upah 3.0 selama tiga bulan lagi dan ini tentunya melegakan industri borong dan runcit seperti yang disasarkan.

“Pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak sepuluh (10) peratus yang dilanjutkan selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2021 pastinya amat membantu kedua-dua industri ini,”katanya. -DayakDaily