Pembinaan SK Jalan Haji Baki siap Julai 2024

Ahmad (dua dari kanan) mendengar taklimat kemajuan projek yang disampaikan oleh Ir Norzahamawatty Md Desa (kanan).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 11 Jun: SK Jalan Haji Baki dan dua lagi projek pembinaan sekolah di Sarawak dijangka siap pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia melibatkan SMK Padawan dan SMK Sri Sadong.

Advertisement

“Keseluruhannya terdapat 25 buah projek pembinaan sekolah di Sarawak pada tahun 2024.

“Tiga buah sekolah dijangka siap pada tahun ini,” katanya pada sidang media semasa tinjauan ke Projek Pembinaan SK Jalan Haji Baki di sini, hari ini.

Tambah Ahmad, projek SK Jalan Haji Baki dilaksanakan dengan kos sebanyak RM18.18 juta.

Katanya, tempoh pembinaan projek adalah selama 26 bulan iaitu bermula pada 14 April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2024.

“Sehingga hari ini, kemajuan fizikal projek telah mencapai 91.83 peratus berbanding 90.83 peratus (jadual), iaitu mendahului satu hari berbanding jadual,” katanya.

Projek melibatkan pembinaan gantian penuh 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan seperti pejabat guru, bilik sakit dan pergigian, bilik komputer serta perpustakaan. — DayakDaily

Advertisement