Pembekal makanan terkorban dalam nahas di Jalan Bau-Kuching

Keadaan di lokasi kejadian.

BAU, 14 Sept: Seorang pembekal makanan maut selepas kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bau-Kuching hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dan berasal dari Batu 17 Siburan di Jalan Kuching-Serian.

Katanya, mangsa semasa kejadian dalam perjalanan dari arah Bau dan dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori pada jam 9.30 pagi.

ā€œImpak kemalangan mengakibatkan kereta mangsa terbabas ke parit di sebelah kiri jalan manakala lori berkenaan terbabas ke tengah jalan kerana tayar kanan pecah,ā€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sementara pemandu lori terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata Alexson, ketika kejadian keadaan jalan adalah basah disebabkan oleh hujan.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily