Pembangunan Simunjan ambil kira profil daerah terbabit

Abang Johari (tengah) pada sidang media ketika melakukan lawatan kerja ke Simunjan.

SIMUNJUAN, 10 Mac: Pendekatan pembangunan yang digunapakai untuk membangunkan kawasan simunjuan akan mengambil kira profil daerah tersebut yang sesuai dijadikan antara kawasan pengeluar sumber makanan di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, poetensi daerah itu yang mempuyai tanah gambut yang subur amat sesuai untuk tanaman komoditi seperti jagung, nanas serta pelbagai tanaman makan yang lain.

Justeru katanya, fokus kini ditumpukan kepada aspek penyediaan infrastruktur temasuk talian perhubungan dan jalan raya bagi membolehkan hasil komoditi berkenaan dapat dibawa keluar dan di pasarkan.


“Kemudahan jaringan internetnya akan kita sambungkan kesini, sebab kita ada kemudahan jalan suopaya kita boleh wujudkan konsep pertanian pintar.

“Orang muda di kawasan ini, mereka boleh menfokuskan dan menceburi perniagaan yang berasaskan pertanian pintar ini memandangkan profil tanah gambut yang terdapat di kawasan ini amat sesuai untyuk tanaman seperti jangung, nanas serta pelabagai tanaman lain,” katanya pada sidang media ketika melakukan lawatan kerja di sini hari ini.

Beliau berkata, Kawasan Simunjan akan menjadi sebahagian daripada pembanguan ‘greater Kuching’ memandang lokasi bkawasan terbabit yang hampir dengan bandaraya itu

Katanya, ini secara tidak langsung menjadikan kawasan itu serta kawasan Gedong antara pembekal kepada sumber bekalan makanan kepada Kuching.

“Kawasan ini akan menjadi kawasan pertanian yang membekalkan makanan untyuk kawasan kuching dan kita akan satukan setiap pembangunan di kawasan Simunjan ini dengan kawasan lain iaitui di Gedong, Samarahan dan seterusnya ke Kuching,” katanya.

Abang Johari berkata, pembangunan infrastruktur jalan raya yang dibangunkan di Simunjan adalah menjurus kepada pembinaan Lebuh Raya persisir Sarawak.

Namum begitu jelas beliau, fokus utama adalah untuk membuka kawasan baharu yag mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pertanian yang berupay menjadi bakul makanan kepada Sarawak. -DayakDaily